Kutipan Dana Baik Pulih Masjid Lama Riyadzussolihin
Kami dari pihak masjid sangat mengalu-alukan sumbangan anda agar masjid ini dapat dibaik pulih sepenuhnya bagi memenuhi keperluan, keselamatan dan keselesaaan jemaah dalam setiap aktiviti.
Statistik semasa
Perkembangan kutipan semasa
JUmlah sumbangan
RM21,210.00JUmlah sumbangan
264Kutipan dana ini dibuat kerana masjid tidak mempunyai dana yang mencukupi bagi membaik pulih dengan sempurna. Anggaran kos keseluruhan adalah sekitar RM200,000.
Pembaikan ini sangat diperlukan kerana terdapat banyak kebocoran di bumbung masjid malah karpet dalam masjid lama ini juga dalam keadaan yang teruk dan usang. Selain itu, kerja pendawaian baharu juga perlu dilakukan bagi memastikan keselamatan serta mengelak daripada berlakunya lintar pintas.
Mudah mudahan dengan usaha ini dapat memenuhi keperluan dan keselesaan dalam menghidupkan kelas-kelas pengajian Al-quran dan pelbagai aktiviti lain di masjid lama ini.
“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”.
Surah Al-Baqarah Ayat 26
Semoga sumbangan, wakaf, atau infaq dari tuan puan akan terus mengalir berkekalan dan mendapat ganjaran kebajikan berlipat kali ganda.
Tuan-tuan dan puan-puan boleh memilih untuk berinfaq melalui salah satu dari cara-cara berikut:
1. Isi borang infaq dan buat bayaran secara online.
2. Buat bayaran secara tunai ke akaun bank kami (Bank Islam)
Infaq secara terus
AKAUN AGRO BANK
2005 0110 0000 8611
J/KUASA KARIAH
MASJID PADANG LALANG