Ahlan Wasahlan!

Selamat datang ke portal rasmi Masjid Riyadzussolihin. Dapatkan info terkini di sini. Hubungi kami jika ada sebarang pertanyaan di talian berikut.

latar belakang masjid

Semuanya bermula sejak tahun 1967

Pembinaan Masjid Riyadzussolihin bermula pada tahun 1967. Perletakan batu asas dan penetapan arah kiblat masjid ini telah disempurnakan oleh Tuan Syeikh Yahya, Pegawai Agama Daerah Langkawi bersama Tuan Imam yang pertama iaitu Tuan Hj. Abu Bin Mat. Pembinaan masjid ini dilakukan di atas tanah wakaf dengan keluasan 1.5 relong. Ruang solat masjid ini pada ketika itu hanya dapat menampung 300 jemaah pada satu-satu masa.

Pada 23 Februari 2010,  bermulanya pembinaan bangunan masjid yang baharu seperti maklumat berikut:

Tarikh penyerahan kunci : 21 Februari 2011
Kos pembinaan : Rm 2 juta
Keluasan tapak masjid : 17906.02 kaki persegi
Keluasan dewan solat : 8438.98 kaki persegi
Kapasiti Jemaah : 1100 orang
Dirasmikan oleh : Al-Marhum  Al-Sultan Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah  Ibni Al- Marhum Sultan Badlishah
Tarikh dirasmikan : 24 Mac 2017
Tarikh Solat Jumaat Pertama : 4 Mac 2011
Dipimpin Oleh : Tuan Syeikh Muhammad Nur Ismadi Bin Ismail (Pegawai Agama Daerah Langkawi).

Ahli jawatankuasa

Pengurusan Masjid

piagam pelanggan

Antara perkara yang akan kami usahakan sebaiknya

  • Kami berjanji akan menunaikan solat berjamaah 5 waktu dan solat jumaat serta solat hari raya tepat pada waktunya dan segala peralatan yang disediakan secara profesional.
  • Kami bersedia memberi layanan mesra kepada semua pelawat dalam dan luar negeri.
  • Kami akan mengimarahkan masjid dengan mengadakan program-program peningkatan ilmu di peringkat kanak – kanak, remaja, dewasa dan masyarakat.
  • Kami akan memastikan masjid sebagai tempat ibadah yang selesa dari segi kebersihan, keselamatan dan ketenangan jemaah.
  • Kami bersedia menjalankan pelbagai aktiviti untuk mengimarahkan masjid.
  • Kami berusaha mengendalikan aktiviti rasmi keagamaan sempena hari kebesaran Islam.
  • Kami akan memastikan urusan kematian diurus dengan sebaiknya.
  • Kami memberikan layanan saksama kepada semua permohonan untuk menggunakan kemudahan tempat dan peralatan yang ada di masjid mengikut peraturan yang ditetapkan.
  • Kami bersedia menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak jabatan kerajaan, swasta, masyarakat setempat dan NGO untuk melaksanakan program dan aktiviti berfaedah kepada masyarakat.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Kami menyediakan perkhidmatan berikut bagi manfaat bersama ahli kariah