Tentang Acara

Pada tahun ini, selain M.R.S Fun Run 2025 Edisi Kedua yang menggabungkan program amal, kami dengan bangga memperkenalkan kategori baharu iaitu M.R.S BriskWalk 4.1 KM khas untuk peserta yang kurang berkemampuan untuk berlari dan M.R.S NamRun 10 k khas untuk peserta yang ingin bersaing dalam pertandingan larian.

KATEGORI LARIAN

Bukan sekadar larian, tapi memori manis bersama rakan & keluarga! 🏃‍♀️🏃‍♂️

PESERTA BAWAH 18 TAHUN

FUN RUN 5.7 KM.

PESERTA DEWASA

FUN RUN 5.7 KM DAN BRISK WALK 4.1 KM

PESERTA PROFESIONAL

PERTANDINGAN LARIAN 10 KM

HADIAH UNTUK 10K RUN

HADIAH BERUPA WANG TUNAI

DAFTAR SEKARANG

Bayaran adalah termasuk Infak, takaful, baju jersey, nombor bib ,medal, luckydraw, dan sarapan ringan .

EARLY BIRD ADALAH UNTUK 50 PESERTA TERAWAL


Peserta Bawah 18 Tahun

Peserta Fun Run Dewasa

Peserta Brisk Walk

Peserta NumRun 10Km

Mengapa Anda Perlu Menyertai?

Hadiah menarik & cabutan bertuah – Setiap peserta akan menerima medal dan berpeluang memenangi hadiah .

Bersukan sambil beramal – Sebahagian daripada bayaran pendaftaran disalurkan untuk tujuan amal dana wakaf pembangunan masjid.

Aktiviti untuk semua peringkat umur & kecergasan – Sama ada anda pemula atau pelari berpengalaman, ada kategori sesuai untuk anda!

Terima kasih atas keperihatinan dan sokongan anda.

M.R.S BriskWalk

  • Jejak 4.1km yang Bermanfaat – Direka khas bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk berlari tetapi dapat turut menyertai program ini .Larian ini dapat mengurangkan stres, mengekalkan berat badan sihat, dan meningkatkan kualiti hidup.
  • Aktiviti Ringan, Khasiat Besar – Sesuai untuk semua peringkat usia, terutama mereka yang mencari alternatif selain berlari tetapi tetap ingin aktif.
  • Manfaat Kesihatan – Berjalan pantas (briskwalk) membantu:
    • Meningkatkan kesihatan jantung dan peredaran darah.
    • Menguatkan otot dan sendi tanpa tekanan tinggi.
    • Meningkatkan mood dan tenaga sepanjang hari.

NamRun10K

Bagi anda yang lebih gemar cabaran larian, NamRun10K ialah kategori terbaik untuk diterokai!

  • Jarak 10KM – Sesuai untuk menguji stamina dan daya tahan.
  • Menjelajah Keindahan Ayer Hangat – Lintasan yang menarik dengan pemandangan indah sambil merasai pengalaman beraksi di laluan yang menyeronokkan melalui kawasan sawah padi, bakau,dan kampung.
  • Saingan Hebat – Bersaing dengan pelari lain untuk meraih gelaran juara!

Fun Run 5.7KM 

direka khas untuk remaja dan dewasa yang ingin menikmati pengalaman berlari dalam suasana yang menyeronokkan dan tidak terlalu kompetitif. Jarak 5.7 kilometer ini sesuai untuk pelari pelbagai peringkat, sama ada anda baru berjinak-jinak dengan dunia larian atau sekadar ingin bersenam sambil bersosial.

Mengapa Menyertai Fun Run 5.7KM?

✅ Sesuai Untuk Semua – Tidak kira sama ada anda pelari berpengalaman atau baru bermula, kategori ini menawarkan cabaran yang sederhana tetapi cukup berbaloi.
✅ Lintasan Menarik – Nikmati pemandangan indah sepanjang laluan di Ayer Hangat sambil berjoging dengan santai.
✅ Fokus Pada Keseronokan – Tiada tekanan untuk menang, hanya berseronok dan menikmati suasana festival larian!
✅ Aktiviti Berkumpulan – Jemput rakan, keluarga, atau rakan sekerja untuk sama-sama menyertai sebagai aktiviti berpasukan.

Manfaat Menyertai Fun Run 5.7KM:

  • Membakar kalori & meningkatkan stamina
  • Mengurangkan stres & meningkatkan mood
  • Peluang untuk berinteraksi dengan komuniti pelari
  • Mendapatkan medal penyertaan & nombor cabutan bertuah

PETA LARIAN

PETA LARIAN

TEKAN LINK DIBAWAH UNTUK MENYUMBANG SUMBANGAN WAKAF SECARA ONLINE

1.PEMASANGAN 6 UNIT PENGHAWA DINGIN 6HP

2.PEMBINAAN MOZEK MIHRAB HADAPAN MASJID

3.LAIN-LAIN PROJEK PEMBANGUANAN MASJID