Keahlian persatuan ini terbuka kepada seluruh penduduk mukim ayer hangat Langkawi, Kedah dengan syarat berikut:
1)Penduduk mukim ayer hangat
2)Warganegara
3)Ahli biasa :Berumur 21 hingga 60 tahun.
4)Ahli bawah umur: Berumur 16 hingga 20 tahun,
namun mereka tidak boleh memegang jawatan atau menjadi pemegang amanah dalam Pertubuhan ini.
Bayaran yuran adalah merupakan sedekah dalam membantu ahli-ahli persatuan. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM50 sahaja untuk tempoh setahun.
Ahli dan bukan ahli juga boleh menderma dengan beberapa jumlah yang dikehendaki.
Sumbangan atau wang bantuan akan dikeluarkan apabila berlaku kematian ahli atau tanggungan ahli sebanyak Rm1000.
Ahli atau tanggungan atau waris yang nama mereka didaftarkan sahaja yang boleh membuat tuntukan dengan menyerahkan dokument kematian.